Soalan Lazim

Soalan Lazim yang dijawabkan


Sila baca soalan di bawah ini dan jika anda tidak dapat menemui jawapan anda, hantarkan soalan anda kepada kami, kami akan menjawab anda secepat mungkin.

Soalan Lazim

Apakah perbezaan di antara sarung tangan getah untuk kegunaan isi rumah dengan sarung tangan nitrile untuk kegunaan industri?

Sarung tangan isi rumah diperbuat daripada getah asli. Pada kebiasaannya ianya digunakan untuk pembersihan, pemprosesan makanan dan daging dan juga untuk kegunaan isi rumah. Sarung tangan jenis nitrile diperbuat daripada getah tiruan iaitu synthetic rubber copolymer of acrylonitrile (ACN) dan butadiene. Ianya biasa digunakan untuk perlindungan terhadap pelarut, minyak , lemak dan peluntur kimia.

Bagaimana saya boleh mendapatkan sarung tangan yang sesuai untuk sesuatu jenis pelarut?

Sila rujuk Panduan Ketahanan Kimia Rubberex. Ianya menyenaraikan pelbagai jenis sarung tangan untuk perlindungan terhadap pelbagai jenis bahan kimia. Ujian dilakukan dengan lebih 100 jenis bahan kimia yang biasa digunakan di dalam industri dan isi rumah. Ia boleh dimuat turun daripada laman web Rubberex mengikut sesuatu jenis sarung tangan.

Apakah maksud tanda CE ?

Tanda CE (juga dikenali sebagai CE mark) adalah tanda pematuhan yang wajib terhadap produk yang dijual di pasaran tunggal di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). RUBBEREX diperakui oleh CE yang mana dibenarkan untuk memaparkan tanda CE pada pembungkusan sarung tangan yang dikeluarkan. Tanda CE memberi jaminan bahawa sarung tangan RUBBEREX memenuhi kehendak EU terhadap keselamatan pengguna, keselamatan pekerja, kesihatan dana lam sekitar.

Bagaimanakah sekiranya kulit saya mempunyai alahan terhadap sarung tangan?

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mengalami beberapa reaksi bilamana menggunakan sarung tangan getah asli, sila berhenti menggunakan sarung tangan tersebut dan segera hubungi doktor anda.

Apakah simptomnya?
  • Mata terasa gatal dan berwarna merah
  • Bersin secara tiba-tiba dan berterusan dan hidung berair
  • Batuk secara tiba tiba dan mata terasa gatal
  • Ruam atau gatal-gatal
  • Berasa kesesakan dibahagian dada dan kesukaran bernafas.
  • Gatal secara tiba-tiba pada tangan
  • Keretakan pada kulit dibahagian tangan
  • Kulit tangan timbul serta berwarna merah

Anda tidak semestinya mempunyai alahan terhadap sarung tangan getah sekiranya mengalami simtom-simtom seperti ini kerana simtom-simtom ini juga biasa terdapat pada permasalahan kesihatan yang lain. Segera dapatkan pengesahan dari doktor anda.

Berapa lamakah jangka hayat sarung tangan getah asli Rubberex bila disimpan?

Sarung tangan getah Rubberex mempunyai jangka hayat selama tiga tahun jika ia disimpan dalam kotak yang tidak terdedah kepada cahaya UV dan disimpan di tempat penyimpanan yang sejuk dan kering serta jauh dari peralatan yang mengeluarkan ozon.

Bagaimanakah seseorang dapat memaksimakan jangka hayat sarung tangan getah asli?

Jangka hayat penggunan sarung tangan mungkin akan berbeza sekiranya ia digunakan dengan cara berlainan. Ia juga akan dipengaruhi oleh jangka masa penggunaan. Walaubagaimanapun, amalan pengunaan yang baik untuk menjaga jangka hayat pengunaan sarung tangan ialah sarung tangan harus dibilas dengan air bersih atau bahan pencuci selepas digunakan dan mengeringkannya di tempat yang sejuk dan kering. Elakan amalan pengeringan sarung tangan di atas radiator pemanasan.

Adakah terdapat sebarang bentuk alahan yang berkaitan dengan penggunaan sarung tangan getah?

Terdapat sebilangan kecil penduduk dunia yang mempunyai alahan terhadap getah asli yang didalamnya mempunyai unsur protein lateks. Oleh itu produk yang mempunyai kandungan getah asli akan menyebabkan seseorang yang mempunyai alahan terhadap protein lateks mengalami tindak balas buruk terhadap produk berasaskan getah asli yang digunakan. Beberapa simptom yang biasa dialami adalah kerengsaan atau kegatalan pada kulit. Sesiapa yang mengalami simptom seperti ini haruslah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin. Golongan yang mempunyai alahan terhadap produk getah asli hendaklah mengelakkan dari menggunakan sarung tangan getah asli. Sebaliknya bertukarlah kepada produk sarung tangan sintetik iaitu yang diperbuat dari nitril atau neoprene.

Adakah semua kerengsaan kulit disebabkan oleh alahan terhadap protein lateks?

Tidak. Beberapa bahan kimia seperti pemecut getah, antioksidan dan agen sanitasi anti bakteria akan ditambahkan didalam proses pengeluaran sarung tangan untuk memberikan sifat yang sewajarnya bagi sarung tangan getah. Sisa bahan kimia ini kadang-kadang boleh mengakibatkan delayed subcutaneous “hypersensitivity”, yang akan menwujudkan gejala-gejala seperti kerengsaan pada kulit. Pada kebiasaannya gejala ini akan timbul dalam masa beberapa jam (6-48) setelah sarung tangan digunakan.

Kami mengesyorkan agar pengguna berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apakah jenis bahan kimia yang menyebabkan keadaan ini. Dalam keadaan seperti ini, penukaran sarung tangan ke jenis yang lain dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Kerengsaan dan alahan pada kulit biasanya akan terjadi sekiranya sarung tangan tidak dicuci atau diproses sepenuhnya.

Rubberex sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan tangan pengguna dalam mereka bentuk proses pengeluaran sarung tangan getah kami. Alahan dan kerengsaan dapat diminimakan sekiranya sarung tangan dicuci dan dirawat dengan betul.

Bagaimanakah caranya untuk saya memilih sarung tangan yang paling sesuai untuk sesuatu kerja yang ingin saya lakukan?

Sebagai garis panduan umum, anda mesti menentukan parameter yang penting untuk sarung tangan yang diperlukan. Sesetengah jenis sarung tangan mempunyai sifat ketahanan mekanikal yang menyerlah. Manakala keistimewaan lain adalah mempunyai kualiti ketahanan kimia yang sangat baik. Hubungi kami sekiranya terdapat sebarang keraguan. Pakar teknikal kami bersedia untuk membantu. Anda juga boleh merujuk kepada pegawai keselamatan syarikat anda untuk mendapatkan nasihat mengenai pemilihan sarung tangan yang betul untuk kegunaan anda.

Bagaimana saya dapat mengetahui sarung tangan yang dibeli adalah berkualiti tinggi?

Semua pengedar sarung tangan terkemuka di seluruh dunia mengitiraf kualiti sarung tangan yang dikeluarkan oleh Rubberex sebagai antara sarung tangan yang berkualiti tinggi di dunia. Sila rujuk kepada vendor anda sekiranya ingin membeli sarung tangan yang dikeluarkan oleh Rubberex.